BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 19 November 2011


Cinta mengikut islamik

Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

hatiku..

assalamualaikum.

mesti saudari rasa pelik bukan? mengapa blog nur byk pasal cinta?itu sebab nur nak jadikan panduan setiap hari untuk nur..kerna nur tak lepas menyukai seseorang...tapi nur berusaha menjaga cinta ini agar tidak ketahui...biarlah rahsia..tiap kali teringat kat seorang tu..nur akan buka blog ini dan baca post yang lalu melepas rindu...begitu juga sedih...nur akan melayari fb dan blogger....nur anggap blog ini rakan karib yang sentiasa bersama. Dialah tempat untuk diluahkan segalanya..Tapi nur sedar cinta akan pergi jua nanti kerna dia akan pergi dalam kehidupan ini suatu hari nanti..nur akan lepaskannya kerna dia bukan lelaki yang sesuai untuk diri nur...biarlah dia pergi mengejar yg dia impikan..tapi saudara n saudari lelaki yang nur maksudkan bukanlah lelaki yang pernah nur terlajak bercouple...tapi dialah lelaki yang mengajar nur apa itu didikan islam untuk diri seorang wanita!menjadikan nur seorang yang feminin one years ago..huhuhu..

Luahan sedihku..

sebagai seorang manusia..pasti ada suka n duka..tapi hari ni nur taknk luahkan yang suka tapi nk lepaskan yang duka. nk dia pergi n takmahu ia menanah dalam hati. Hari ni nur bergadoh ngan cedara. tajuk yang utama pergadohan adalah study pmr...tapi nur taklah terasa cuma dia saja. nur just tegur tapi dimarahi pula. takpalah biar jela..nur tak nk disebabkan perkara remeh puasa nur berkurang. N~ nur dihidapi penyakit tulang belakang. sedihkan? baru 15 taon muda lagi da kne...takpala dah tuhan tentukan. nk uat cam na? tak kn nk merungut kowt. tak elok buat cm tu. nur tak rasa beban pon sebernarnya just nur jenis tak suka makan ubat tiap hari uat rasa sakit tekak je..hahaha...kawan- kawan malam ni umah nur ada uat kenduri...ni yang nur kurang suka. kne layan tetamu. huh! susah btul..x pela tak kn nk lpas tangan pulak ? tak memasal kne buku lima ngan ummi..hehehe