Saturday 19 November 2011
Posted by nur at 08:00 0 comments
Cinta mengikut islamik
Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi
kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai
landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah
terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan
seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab
nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple
tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah
kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.
dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat
ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal
tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada
kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita
mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan
perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita
dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama,
secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda
dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang
dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak
apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun
'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak
salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan
yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya
Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya
pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha
yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan
sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah
menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga
sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah
An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki
yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."
(Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah
menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya
sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan
hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan
untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan
menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita
abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang
hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan
25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang
sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan
sentiasa mekar dalam keberkatan.
Posted by nur at 04:47 0 comments
hatiku..
assalamualaikum.
mesti saudari rasa pelik bukan? mengapa blog nur byk
pasal cinta?itu sebab nur nak jadikan panduan setiap hari untuk nur..kerna nur
tak lepas menyukai seseorang...tapi nur berusaha menjaga cinta ini agar tidak
ketahui...biarlah rahsia..tiap kali teringat kat seorang tu..nur akan buka blog
ini dan baca post yang lalu melepas rindu...begitu juga sedih...nur akan
melayari fb dan blogger....nur anggap blog ini rakan karib yang sentiasa
bersama. Dialah tempat untuk diluahkan segalanya..Tapi nur sedar cinta akan
pergi jua nanti kerna dia akan pergi dalam kehidupan ini suatu hari nanti..nur
akan lepaskannya kerna dia bukan lelaki yang sesuai untuk diri nur...biarlah dia
pergi mengejar yg dia impikan..tapi saudara n saudari lelaki yang nur maksudkan
bukanlah lelaki yang pernah nur terlajak bercouple...tapi dialah lelaki yang
mengajar nur apa itu didikan islam untuk diri seorang wanita!menjadikan nur
seorang yang feminin one years ago..huhuhu..
Posted by nur at 04:46 0 comments
Luahan sedihku..
sebagai seorang manusia..pasti ada suka n duka..tapi hari ni nur taknk luahkan yang suka tapi nk lepaskan yang duka. nk dia pergi n takmahu ia menanah dalam hati. Hari ni nur bergadoh ngan cedara. tajuk yang utama pergadohan adalah study pmr...tapi nur taklah terasa cuma dia saja. nur just tegur tapi dimarahi pula. takpalah biar jela..nur tak nk disebabkan perkara remeh puasa nur berkurang. N~ nur dihidapi penyakit tulang belakang. sedihkan? baru 15 taon muda lagi da kne...takpala dah tuhan tentukan. nk uat cam na? tak kn nk merungut kowt. tak elok buat cm tu. nur tak rasa beban pon sebernarnya just nur jenis tak suka makan ubat tiap hari uat rasa sakit tekak je..hahaha...kawan- kawan malam ni umah nur ada uat kenduri...ni yang nur kurang suka. kne layan tetamu. huh! susah btul..x pela tak kn nk lpas tangan pulak ? tak memasal kne buku lima ngan ummi..hehehe
Posted by nur at 04:37 0 comments