Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi
kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai
landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah
terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan
seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab
nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple
tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah
kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.
dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat
ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal
tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada
kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita
mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan
perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita
dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama,
secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda
dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang
dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak
apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun
'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak
salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan
yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya
Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya
pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha
yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan
sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah
menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga
sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah
An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki
yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."
(Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah
menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya
sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan
hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan
untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan
menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita
abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang
hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan
25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang
sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan
sentiasa mekar dalam keberkatan.
Saturday 19 November 2011
Cinta mengikut islamik
Posted by nur at 04:47
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment